Thursday, 10 September 2015

sALAM
Adalah dimaklumkan, Kementerian Kewangan akan menganjurkan Program Keusahawanan 1 Malaysia Entrepreneurs (1MET) iaitu salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan / National Blue Ocean Strategy (NBOS 9).
1MET adalah inisiatif kerajaan untuk membangunkan usahawan seramai 5,000 orang bagi setiap tahun yang melibatkan 21 siri di seluruh negara.
Bootcamp ini memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada semua, khsusunya belia yang bercita-cita menjadi usahawan untuk meneroka peluang dalam bidang perniagaan.
Untuk makluman tuan/puan 1MET Melaka akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 12-13 September 2015 (Sabtu - Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Grand Ballroom MITC, Melaka, Jalan Konvensyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka
3. Sehubungan dengan ini, Kementerian Kewangan memohon pihak tuan/puan untuk mempromosi dan memanjangkan jemputan kepada semua agensi/organisasi di bawah seliaan masing-masing.
Penyertaan peserta 1MET adalah terbuka kepada semua yang berumur 18 - 40 tahun sahaja.
Pendafaran boleh dilakukan secara atas talian (on-line) di laman sesawangwww.1met.org
 atau secara "walk-in" semasa program berlangsung pada 12 September 2015.
Selain itu program Klinik ER360 juga akan diadakan semasa program 1MET.
ER360 dikendalikan oleh Women Entrepreneur Network (WENA) memberikan pelbagai khidmat nasihat kepada usahawan mengenai pendaftaran syarikat, promosi dan pemasaran, pembiayaan dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi:
PUAN EMILLIA ROSNIZAR BINTI AHMAD HANIPIAH
Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional
National Entrepreneurship Development Office (NEDO)
Unit Strategi Nasional
National Strategy Unit (NSU)
Aras 1, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan
No7, Persiaran Perdana, Precint 2
62592, Putrajaya
(O) 03 8890 6474
(Fax) 03 8890 6517
(H/P) 019 232 6697
1Malaysia Entrepreneur
WWW.1MET.ORG|BY HAFIZARIFAH

No comments:

Post a Comment