Thursday 3 September 2015

SEJARAH KG BUKIT PULAU


JKKK Bukit Pulau meliputi dua (2) buah kampung iaitu Kampung Bukit Pulau dan Kampung Paya Ikan.


Kedua-dua kampung ini terletak lima (5) km dari pusat bandar Melaka dan lima (5) km dari Pusat Pentadbiran Negeri Melaka di Ayer Keroh. Kampung Bukit Pulau dahulunya tersorok dan terpencil telah mula diterokai pada abad ke 18 iaitu sekitar tahun 1880. Dikenali sebagai Solok Bukit Pulau dengan keluasan 334.72 ekar. Nama ini diambil sempena keadaan geografinya seperti sebuah pulau yangdikelilingi oleh SAWAH PADI dan PAYA AIR TAWAR. Pada peringkat awal kampung ini hanya didiami oleh 8 buah keluarga etnik Melayu sahaja. Pada masa itu, peneroka-peneroka awal kampung ini hanya merupakan pesawah dan pekebun-pekebun kecil sahaja yang mengusahakan TANAH SAWAH dan KEBUN-KEBUN secara TRADISIONAL dan SARADIRI.

1 comment:

  1. Best Baccarat Strategies | The Ultimate Guide to
    The Best 1xbet Baccarat Strategy. This is by far the most popular method of betting on the casino 샌즈카지노 floor. The most common way of doing that, 바카라 as a gambler,

    ReplyDelete